Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 2, 2017

LELAKI GILA SEKS DIBURU POLIS


PDRM


Bagan Serai - Polis memburu seorang lelaki yang didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita yang berjoging di sekitar kawasan kompleks Mini Stadium di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya telah menerima aduan mangsa berusia 32 tahun yang mendakwa lelaki berkenaan memanggilnya ketika berjoging sebelum menunjukkan aksi lucah terhadapnya.

"Kami akan menyiasat insiden tersebut bagi menjamin keselamatan golongan wanita yang berjoging di kawasan rekreasi berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dalam insiden 24 Jan lepas, mangsa mendakwa seorang lelaki menunjukkan aksi yang tidak senonoh ketika beliau berjoging pada pukul 8.45 pagi di kawasan berkenaan.


0 comments:

share2