Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 13, 2017

LEBIH RAMAI AHLI DAP AKAN TINGGALKAN PARTI


S Subramaniam


Ipoh - Lebih ramai ahli DAP akan keluar daripada parti itu selepas ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti selepas dasar dan prinsip yang dipegang sebelum ini dilihat telah berubah.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perubahan itu antara lain boleh dilihat apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini mengkritik teruk Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat rapat dengan bekas perdana menteri itu.

"Itu yang menjadi isu dalaman DAP dan mungkin mereka berpendapat hubungan baharu ini akan melemahkan parti dan bagi mereka lebih baik meninggalkan parti.

"Ada kemungkinan lebih ramai pemimpin DAP di negeri lain akan mengikut langkah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Ponggal Peringkat negeri dan merasmikan pejabat MIC Bahagian Ipoh Barat di sini malam tadi.

Hari ini, tiga Adun dan seorang Ahli Parlimen dari DAP Melaka bertindak keluar parti.

Ketiga-tiga Adun berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.


0 comments:

share2