Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 28, 2017

LAWATAN RAJA SALMAN BUKTI PIMPINAN NAJIB DIIKTIRAF


asdas


Shah Alam - "Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia merupakan satu pengiktirafan terhadap pentadbiran kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali berkata, lawatan itu juga adalah satu manifestasi bahawa kepimpinan Najib bukan sahaja diperakui oleh dunia luar malah mendapat pengiktirafan negara Islam khususnya Arab Saudi.

"Secara peribadi, saya melihat lawatan Raja Salman membuktikan baginda mengiktiraf pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Najib," katanya menerusi laman blog Umno Cheras.

Raja Salman tiba semalam untuk lawatan negara, selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad v.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 iaitu oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata, kunjungan Raja Salman ini juga sekaligus akan menutup mulut pengkritik Najib yang sebelum ini membuat dakwaan kononnya Arab Saudi tidak menyenangi Malaysia atas beberapa isu yang telah dipolitikkan.

"Raja Salman datang ke Malaysia kerana baginda menghormati sistem pemerintahan negara ini yang memberi perhatian utama terhadap pembangunan umat Islam walaupun penduduknya pelbagai kaum dan agama," tegasnya.


0 comments:

share2