Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 11, 2017

[KUANTAN] TS SHAHRIL SAMAD: JAWAB ISU BERKAITAN TERNAKAN STURGEON



“Felda telah membuat siasatan terhadap Projek Ternakan Sturgeon secara dalaman dan telah mengambil tindakan terhadap Pengurus Besarnya serta pegawai-pegawai yang terlibat. Laporannya telah dibentangkan kepada Ketua Audit Negara dan SPRM untuk tindakan susulan.”

Pengerusi Felda Tan Sri ShahriI Samad berkata apabila Ketua Audit Negara membuat audit. segala-galanya telah terbentang kerana kemampuan dalaman Felda yang sudah ada pengurusan yang baik telah menyelesaikannya.

Bagaimanpun kata beliau, tindakan dibentangkan kepada Ketua Audit Negara dan SPRM adalah bagi mendapat pengesahan dan sokongan pihak ke 3. Dan mempastikan segala tindakan yang telah diambil Felda lebih telus dan tidak dilihat sebagai menutup masalah dalaman.

“Apabila SPRM pula masuk ambil tindakan, ia juga telah membuktikan apa juga yang telah Felda lakukan memanglah yang terbaik. “ kata beliau.

Menurut beliau lagi segala aktiviti dan projek Felda telah disiasat bagi mempastikan tidak berlaku perkara yang melanggar peraturan dan diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan SPRM bagi mendapat pengesahan bahawa Felda bebas daripada salahlaku dan membuktikan keupayaan Felda sebagai organisasi yang kuat.

 
            

0 comments:

share2