Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 7, 2017

[KUANTAN] SIDANG MEDIA PAHANG INTERNATIONAL MARATHON 2017





Pahang International Marathon 2017 adalah sebuah acara larian yang akan diadakan buat kali ke-5 pada 12 Mac 2017 bertempat di Taman Gelora, Kuantan. Acara ini juga merupakan salah sebuah acara tahunan yang dimasukkan di dalam kalendar acara Pelancongan Negeri Pahang.

Sebelum ini, acara ini dikenali sebagai Annual Kuantan Half Marathon dan kini telah ditukar kepada Pahang International Marathon.

Pahang Internatinal Marathon 2017 telah mendapat sokongan sepenuhnya dari YB. Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar bin Hj. shamsudin iaitu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang serta Pengurus Besar Tourism Pahang, YH Dato' Ishak bin Mokhtar.

Penganjuran acara ini memberi peluang yang baik dalam meningkatkan industri pelancongan di peringkat negeri di samping dapat menjana pendapatan di kalangan penduduk tempatan. Acara ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Pahang untuk memeriahkan kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

Pahang International Marathon 2017 ini melibatkan 4 kategori iaitu 42KM, 21KM, 10KM dan 5KM. Dengan hadiah keseluruhan yang ditawarkan hampir RM50,000 serta pelbagai barangan lain lagi.

Acara ini juga terbahagi kepada kepada beberapa kategori iaitu lelaki, perempuan dan warga emas. 

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Pahang dalam memeriahkan kempen Tahun Melawat Pahang 2017 dengan acara-acara seperti ini.





0 comments:

share2