Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 17, 2017

[KUANTAN] GPMM AGIH BANTUAN PERSEKOLAHAN


GPMM agih bantuan persekolahan


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GPMM) Pahang mengagihkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada kira-kira 200 pelajar melibatkan 19 buah sekolah di dalam Parlimen Kuantan, di sini, semalam.

Penasihat GPMM Pahang, Dato' Sri Abdul Hamid Mohd Nazahar berkata, seiring dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat, GPMM tampil untuk membantu kerajaan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik terutama dari sudut pendidikan.

"Kali ini kita hanya memperuntukkan kira-kira RM20,000 dan dengan cara ini kita dapat menunjukkan keprihatinan sekali gus bertindak memberi galakkan kepada NGO lain untuk sama-sama turun padang membantu rakyat.

“Dalam rezeki kita mungkin ada rezeki orang lain yang kita boleh berkongsi dan atas sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasrat ini dapat dipenuhi dalam pembangunan pendidikan yang begitu diutamakan di negeri ini.

“Walaupun sesi persekolahan telah lama dibuka, ia masih belum terlewat untuk menyalurkan bantuan pakaian kepada pelajar-pelajar ini kerana dalam tempoh sebulan kita dapat mengenal pasti pelajar yang harus dibantu dan benar-benar memerlukan melalui pemerhatian ketika mereka hadir ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pakaian Sekolah sempena mesyuarat agong tahunan GPMM Pahang yang keenam, di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap Murni, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, melalui bantuan persekolahan ini dapat menyuntik semangat baharu pelajar-pelajar untuk meneruskan sesi persekolahan mereka pada tahun ini.


0 comments:

share2