Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 8, 2017

JUMPA JANIN DALAM BAKUL SAMPAH ASRAMA




Jumpa janin dalam bakul sampah asrama


Kota Bharu - Warga sebuah kolej swasta, di sini gempar apabila menemui janin bayi dipercayai lelaki dalam bakul sampah di sebuah bilik di asrama pelajar perempuan kolej tersebut semalam.

Janin cukup sifat itu yang dibalut dengan plastik itu ditemui oleh warden asrama berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Dipercayai sebelum penemuan janin itu, warden asrama terbabit terdengar perbualan beberapa pelajar yang mendakwa ternampak kesan darah di atas katil salah seorang penghuni bilik itu.

Ekoran itu, dia membuat pemeriksaan di bilik berkenaan dan menemui kain cadar dipenuhi darah dalam baldi sebelum menemukan beg plastik berisi janin bayi di dalam bakul sampah di bilik yang sama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin bayi tersebut.


0 comments:

share2