Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 22, 2017

[JENGKA] KOLEJ MATRIKULASI PAHANG JOHAN RAGBI


Kolej Matrikulasi Pahang johan ragbi


Kolej Matrikulasi Pahang munjul johan kategori Matrikulasi di Kejohanan Ragbi 10 Sebelah, Piala Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia 2017.

Pertandingan yang dibahagikan kepada tiga kategori itu disertai keseluruhan 600 peserta, di mana 11 kumpulan bagi kategori Matrikulasi; 11 kumpulan bagi kategori Sekolah dan lapan kumpulan bagi kategori Jemputan.

Kejohanan yang bermula 17 Februari itu diadakan di gelanggang Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang di Bandar Pusat Jengka di sini, selaku tuan rumah yang juga penganjur kejohanan.

Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM, Dr Baiduriah Yaakub berkata, kejohanan ini merupakan kejohanan tahun kedua, sejak ia diperkenalkan tahun lalu di kolej tersebut dan bakal menjadi acara tahunan.

"Hasrat besar kami tentu sekali untuk membawa kejohanan ini sehingga ke peringkat antarabangsa. Mudah-mudahan kejohanan di peringkat Matrikulasi ini mencungkil bakat-bakat muda dan baharu yang boleh digilap ke peringkat lebih tinggi.

"Tidak dinafikan acara sebegini menuntut komitmen padu bukan sahaja dalam kalangan pemain, tetapi juga semua pihak yang memastikan kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.

"KPM amat menggalakkan pelajar menyertai kegiatan kokurikulum yang bukan sahaja menggabungkan aspek pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai yang dapat membantu perkembangan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek," katanya pada Majlis Perasmian Penutupan kejohanan tersebut, di sini.

Hadir sama, Pengarah Koleh Matrikulasi Teknikal Pahang, Zakaria Jadi.

Dalam kejohanan itu, bagi kategori Jemputan, Kolej Vokasional Rompin muncul juara manakala Politeknik Sultan Ahmad Shah dan Kolej Vokasional masing-masing Naib Johan dan ketiga.

Bagi kategori Sekolah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, muncul johan manakala tempat kedua, Sekolah Menengah Padang Saujana dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Sultan Haji Agmad Shah.

Kategori Matrikulasi pula, Kolej Matrikulasi Melaka meraih Naib Johan dan Kolej Matrikulasi Pulau mendapat tempat ketiga.



0 comments:

share2