Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 8, 2017

GADIS 12 TAHUN LERAI, PASANG SENJATA API DALAM 10 MINIT


Gadis 12 Tahun Lerai, Pasang Senjata Api Dalam 10 Minit


Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun di Thailand memiliki ‘bakat’ luar biasa menguruskan senjata api malah mampu melerai dan memasang kembali peralatan berbahaya itu dalam masa 10 minit sahaja.

Menurut Daily Mail, Salisa Yasuwat hanya belajar sendiri mengendalikan pelbagai jenis senjata api semenjak dia berusia sembilan tahun lagi daripada bapanya.

Antara senjata api yang pernah dikendalikan termasuklah M16, Smith and Wessons.

Yasuwat mampu meleraikan, membersihkan dan memasang semula senjata api dengan cekap yang mana kemahiran itu kebiasaannya mengambil masa bertahun-tahun untuk mahir dan dipelajari.

Bagi mengisi masa lapangnya, Yasuwat bekerja dengan bapanya iaitu Prajak, 51; iaitu seorang tukang senjata api yang menjalankan perniagaan membaiki senjata api menggunakan sebuah van di sekitar Chiang Mai.

“Ayah saya mengajar saya untuk mengendalikan senjata tersebut dan saya suka membantunya.”




Menerusi video berdurasi satu minit lebih itu, Yasuwat dilihat mempamerkan bakatnya dan ‘mengajar’ anggota polis untuk melerai dan memasang senjata mereka.

Yasuwat memulakan sesi ‘pengajaran’ itu bermula dengan senjata jenis Smith and Wesson 686 Magnum 357 berwarna perak yang hanya mengambil masa selama 10 minit dan kemudian beralih kepada senjata yang lebih besar.

“Senjata api kegemaran saya adalah Magnum dan saya boleh lerai dan bersihkan setiap bahagian senjata itu serta memasangnya kembali dalam masa sepuluh minit sahaja, kekadang lebih cepat, namun saya berhati-hati,” kata Yasuwat.

Seorang anggota polis Chiang Mai, Damrong Saenduangdee yang sering menggunakan khidmat Yasuwat berkata; “Saya tidak pernah melihat remaja sepertinya. Saya tidak semahirnya. Dia lebih pantas dan mempunyai pengetahuan luas mengendalikan senjata itu daripada saya.”

Manakala bapa Yasuwat, Prajak yang sudah lapan tahun menjalankan perniagaan itu memberitahu bahawa anak-anaknya sering dikelilingi oleh pelbagai senjata api.

“Bagi saya, adalah lebih selamat untuk anak-anak saya dikelilingi senjata api.

“Anak perempuan saya gemar membantu saya dalam perniagaan ini dan kami mempunyai ramai pelanggan dari kalangan polis dan askar yang mahu senjata mereka dibersihkan.

“Pun begitu, tidak semua anak saya mampu mengendalikan senjata-senjata itu seperti Yasuwat. Dia sangat mahir dan seronok melakukannya,” jelasnya.


0 comments:

share2