Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 28, 2017

CUBAAN BUNUH DIRI GAGAL, WANITA TERAPUNG DALAM AIR


Cubaan Bunuh Diri Gagal, Terapung Dalam Air


Seorang wanita China yang cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai menemui kegagalan apabila dia terapung dalam air.

Menurut laman Nextshark, suspek yang tidak diketahui identitinya itu cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke sebuah sungai di Zhongshan di wilayah Guangdong pada Jumaat lalu.

Mangsa yang terapung kemudiannya dijumpai oleh nelayan tempatan yang segera menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan bantuan.

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan dengan tiga kenderaan kecemasan beserta 15 orang anggota.







Wanita tersebut kemudiannya ditarik menghampiri bot penyelamat dengan menggunakan tali pinggang penyelamat, tetapi sukar untuk dipakaikan berikutan saiz badannya yang besar.

Mangsa kemudiannya di hantar ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Menurut penjelasan daripada seorang pakar, mangsa gagal tenggelam kerana badannya mengandungi kandungan lemak yang tinggi serta material baju yang dipakai menyebabkan dirinya terapung.

Manakala seorang lelaki yang mendakwa rakan kepada wanita itu berkata, dia tidak pasti punca rakannya mahu membunuh diri dan memberitahu bahawa rakannya itu berasal dari wilayah Sichuan.


0 comments:

share2