Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 18, 2017

[BERA] LUPUS BARANG CARA BETUL


Lupus barang cara betul


Tahap kesedaran masyarakat luar bandar mengenai kaedah pelupusan barangan elektronik masih rendah menyebabkan ia kerap dibuang sebagai bahan buangan domestik.

Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman berkata, dianggarkan lebih 50 juta unit sisa barangan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan alat penyaman udara bakal dijana menjelang tahun 2020.

Menurutnya, tanpa kesedaran dan pelupusan sewajarnya, keadaan ini boleh membahayakan alam sekitar termasuk kesihatan.

“Difahamkan, tidak semua barangan sisa elektronik ini dilerai atau dikitar semula dengan cara yang betul sedangkan, ada di antaranya mengandungi bahan berbahaya seperti raksa, zink, plumbum, perak dan tembaga.

“Sebab itu, semua barangan elektronik yang dibuang ini, mesti dileraikan sewajarnya supaya bahan-bahan berbahaya itu tidak dilepaskan ke dalam alam sekitar,” katanya ketika ditemui pada Program Jelajah Dashboard Komuniti Kluster Bera dan Program e-Waste di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Taman Jaya.

Lebih 200 orang hadir pada program tersebut turut didedahkan berkaitan kemudahan komputer dengan wayar lebar termasuk segmen MyShop Keusahawanan yang memberi peluang usahawan mempelajari teknik pemasaran secara talian.

Mohd Fadil berkata, satu sistem perlu disediakan bagi memudahkan pembuangan sisa barangan elektronik ini agar memudahkan komuniti menguruskannya, sebagaimana mereka menguruskan sisa buangan domestik.

“Sebelum ini, tiada peraturan khusus untuk mengasingkan bahan buangan seperti kertas, plastik, kaca atau sisa buangan makanan. Tetapi, selepas ia dilaksanakan, komuniti mampu mengasingkannya,” katanya.


0 comments:

share2