Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 12, 2017

[BENTONG] PAMERAN CAT AIR KAMPUNG KU 2017




Sebuah galeri yang mempamerkan lukisan cat air yang bertemakan Kampungku telah pun dibuka.di Bentong. Pembukaan galeri ini telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pameran Cat Air Kampungku 2017 telah merekod dan mendokumentasikan secara visual Bandar Bentong dan sekitarnya oleh lima orang pelukis.

Inisiatif yang baik dan istimewa ini diusahakan secara kolektif oleh Persatuan Budaya Seni dan Warisan Bentong atau Bentong Arch dan telah dibantu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui agensinya iaitu Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).




Sebanyak 43 buah karya lukisan cat air dapat dihasilkan selama hampir sebulan oleh para pelukis tersebut. Rona warna yang spontan dan pelbagai telah dapat menggambarkan kehidupan masyarakat di sekitar Kampung Perting, pasar serta binaan bangunan dan rumah di pekan Bentong dengan menarik sekali.

Secara konsepnya, denyut nadi pekan Bentong telah dikumpulkan secara kolektif dan satu nuansa lukisan di dalam Galeri Bentong Arch yang asalnya merupakan satu restoran terkenal.



Usaha murni ini bukan sahaja dapat memperkenalkan Bentong sebagai destinasi baru pelancongan di negara ini bahkan secara langsungnya telah membentuk budaya penguwangan atau "monetizing culture" melalui transaksi jualan karya oleh para kolektor yang baharu berjinak-jinak dengan pemilikan lukisan sebagai koleksi tetap mereka.

Pada masa yang sama juga, lukisan ini pemandangan yang indah dan menarik itu akan menjadi pemangkin kepada penyumbang untuk datang melawat ke daerah Bentong ini dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat.

0 comments:

share2