Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 13, 2017

[BENTONG] MERAIKAN LIMPAHAN SENI DAN BUDAYA TRADISI







Buat julung-julung kalinya, warisan seni dan budaya tradisi masyarakat Cina Malaysia sempena sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baru Cina telah diadakan di Dataran Bentong, malam tadi.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang ini bukan semata-mata menjadi acara jamuan untuk rakyat bahkan juga menjadi landasan untuk menonjolkan kekayaan budaya dan warisan seni masyarakat Cina, terutama dalam sambutan Tahun Baru Cina kepada pelancong asing dan masyarakat tempatan di samping menerapkan semangat kenegaraan dan nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat negara ini.




Majlis ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak. Turut hadir sama ke majlis ini adalah YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, YAB Dato' Seri Diraja Haji Adnan bi Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA merangkap Ahli Parlimen Bentong, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Datuk Hajah Mas Ermieyanti binti Samsudin.




Di dalam majlis ini, YAB Dato' Seri Mohd Najib menyeru segenap lapisan masyarakat untuk memahami dan menghayati perayaan tradisi ini supaya semangat sambutan ini meresap ke sanubari dan dapat diterjemahkan melalui perlakuan sepanjang masa.

Acara ini telah diserikan dengan persembahan tarian singa oleh Persatuan tarian Singa dan Naga Kung Seng, Muar, kumpulan tarian Dewan Perhimpunan Cina Bentong bersama sama artis jemputan seperti Aiman Tino, Sheng Quang, Yuni Wu, Dato' Jefry Din dan artis artis budaya dari Istana Budaya.

Penganjuran majlis ini juga adalah selari dengan visi untuk menarik sasaran seramai 14 juta pelancong ke Pahang sempana dengan Tahun Melawat Pahang 2017.

0 comments:

share2