Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 16, 2017

BEKAS PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI DITEMUI MATI


Ricky Ciano


Sydney - Bekas penjenayah paling dikehendaki Ricky Ciano ditemui mati dalam sebuah kereta BMW pada lewat petang Selasa di pekan kecil di Oberon, 180 kilometer dari barat Sydney, lapor media tempatan pada Khamis menurut agensi berita China Xinhua.

Media melaporkan, mangsa berusia 35 tahun merupakan antara anggota utama kumpulan bermotosikal haram terbesar di Australia, dikatakan hilang di Sydney pada malam Sabtu sebulan selepas terselamat daripada dibunuh kerana meninggalkan kumpulan itu.

Kumpulan yang mempunyai lebih 2,000 anggota dari seluruh Australia itu terlibat dengan jenayah pengedaran dadah, merompak, pelacuran, peras ugut dan pembunuhan.

Pada 2015, mangsa terselamat daripada cubaan dibunuh apabila musuhnya daripada anggota kumpulan Rebel Abuzar Sultani ditahan dan dituduh menjadi perancang untuk pembunuhan Ciano.

Dipercayai Ciano meninggalkan kumpulan itu baru-baru ini dan menyembunyikan bersamanya 1.1 juta dolar Amerika.

Setakat ini polis belum mengesahkan lagi punca kematian dan bedah siasat hanya selesai dalam tempoh beberapa hari.

Seorang daripada rakannya memberitahu wartawan "Dia mencari masalah, dia lari untuk bersembunyi."


0 comments:

share2