Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 9, 2017

'ALAHAI COMELNYA DIA...'


Harimau siberia yang tular di media sosial. - Foto Shanghaiist.


Heilongjiang - Seekor harimau yang mengalami masalah kegemukan berjaya menarik perhatian netizen di China.

Memetik laporan Shanghaiist, harimau jenis Siberia yang ditempatkan di zoo Harbin itu kelihatan begitu 'bahagia' sehinggakan ada komentar daripada netizen yang mahu memeluknya.

"Comelnya dia, mahu peluk," ujar salah seorang netizen di laman media sosial popular China Weibo.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen yang mempersoalkan bagaimana harimau itu boleh 'membulat' seperti itu.

"Apa yang dia makan," soal seorang lagi netizen.

Sementara itu, menjawab kepada soalan itu, jelas seorang lagi netizen berkata, ianya mungkin disebabkan pola pemakanan haiwan itu ketika musim sejuk.

"Ini untuk membolehkannya kekal sihat pada musim panas," jelas netizen itu.


0 comments:

share2