Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 2, 2017

87KG 'ICE' DIRAMPAS DARI RUMAH SEWA


dadah


Bangkok - Pihak berkuasa Thai menumpaskan satu lagi sindiket penyeludupan dadah berikutan rampasan 87kg 'ice' dari rumah sewa seorang lelaki berasal dari Pulau Pinang di Hatyai pada 26 Jan.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Chalermkiat Sriworakhan berkata, rumah itu terletak di Chayanant Village Phase Two, Tambon Kuanlong di Hatyai.

"Dadah itu dijumpai disembunyikan di bawah sofa di dalam rumah itu. Lelaki dari Pulau Pinang itu melarikan diri sejurus sebelum pihak berkuasa mengadakan serbuan di rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Narcotics Suppression Bureau (NSB), di sini semalam.

"Ice adalah satu bentuk methamphetamine yang paling tulen dan kuat, dan dihasilkan dalam bentuk serbuk atau kristal.

Selain 'ice', Chalermkiat berkata, polis turut menjumpai 24.10gm marijuana di rumah sewa itu, di samping sebuah kereta Toyota Camry yang didaftarkan di Malaysia dengan nombor plat Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihak berkuasa percaya lelaki terbabit menggunakan rumah itu sebagai tempat persinggahan, sebelum menghantar dadah itu ke destinasi lain yang tidak dinyatakannya.

Sementara itu, seorang pegawai polis Thai memberitahu Bernama pihak berkuasa turut menjumpai pasport lelaki itu di rumah sewa berkenaan.


0 comments:

share2