Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 14, 2017

[MARAN] PAIP BARU UNTUK JENGKA 6


Paip baru bernilai RM3 juta, untuk Jengka 6


Penantian lebih 500 penduduk Felda Jengka 6 di sini untuk memperoleh perpaipan baharu sejak 40 tahun lalu berakhir, apabila kerajaan memperuntukkan lebih RM3 juta bagi tujuan itu.

Adun Chenor, Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail berkata, jumlah RM3,046,440 itu diperuntukkan bagi kerja-kerja mereka bentuk, membekal dan menyiapkan kerja penukaran dan pemasangan paip baharu, di sini.

Menurutnya, sepanjang kira-kira 8,000 meter paip akan dipasang bermula Januari ini sehingga 9 Oktober depan.

"Kerajaan telah melantik Megabina Trading selaku kontraktor yang akan menyiapkan kerja-kerja tersebut bagi tempoh 40 minggu. Diharapkan kerja-kerja penukaran akan siap mengikut jadual.

"Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan dana ini kerana paip-paip lama di sini sudah begitu usang dan berusia lebih 40 tahun. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan yang mendengar permasalahan rakyat berkenaan bekalan air bersih kerana kebanyakan tanah rancangan lain serta kampung tradisional di bawah Dun Chenor sudah dipasang paip baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mula kerja bersama Pegawai Kemajuan Negeri Pahang selaku pengarah projek, Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Wakil Felda dan kontraktor.

Hadir sama, Pengurus Megabina Trading, Lokman Mokhtar, Pengurus Felda Jengka 6, Mohd Najib Othman dan Ketua Peneroka Jengka tersebut, Saharudin Lela dan wakil Nik Megat Nik Mat dan Mohamad Awang.

Saharudin, mewakili seluruh penduduk Felda Jengka 6 juga menyampaikan penghargaan kepada kerajaan yang akhirnya mendengar keluhan rakyat terhadap permasalahan paip ini.

"Penukaran paip baharu sekali gus memberikan bekalan air yang lebih bersih kepada penduduk Jengka 6. Selepas ini tentunya tiada lagi rungutan penduduk berhubung masalah paip bocor kerana sudah digantikan dengan yang baru," katanya.


0 comments:

share2