Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

JUMLAH MANGSA BANJIR DI JERANTUT MENINGKAT


Banjir baru


Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini meningkat dari 88 mangsa semalam kepada 330 mangsa setakat jam 11pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Jerantut, Mohd Alip Roslani ya g juga selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata, sejurus itu, sebanyak 11 buah pusat pemindahan dibuka.

Pusat pemindahan terbabit ialah Dewan Semai Bakti Felda Kota Gelanggi 1, Balai Raya Lata Kasah, Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Dewab Orang Ramai Kampung Bharu Ulu Cheka, Dewan ampung Labu, Sekolah Kebangsaan Teh, Masjid Kampung Pagi, Dewan Raya Batu Balai, Bilik Gerakam Kuala Tahan dan Surau Kampung Sempadan.

Manakala bagi Kampung Kerchih, sebuah keluarga dipindahkan ke rumah jirannya.

Setakat ini katanya pusat pemindahan sementara Dewan Semain Bakti Felda Kota Gelanggi 1 mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 69 orang.

Katanya lagi, sebanyak 11 kampung terlibat dalam kejadian banjir yang berlaku sejak semalam membabitkan 76 buah keluarga.


0 comments:

share2