Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 25, 2017

JALAN MATAU BANDAR PUSAT JENGKA DINAIKI AIR


Jalan Matau Bandar Pusat Jengka dinaiki air


Jalan Besar Matau di Bandar Pusat Jengka di sini, yang dilanda banjir kilat sejak malam tadi masih boleh dilalui kenderaan jenis kereta dan motosikal setakat jam 11 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan tersebut yang menghubungkan Bandar Pusat Jengka dengan Temerloh dan Kampung Awah ditenggelami air namun masih digunakan kebanyakan kenderaan.

Pengguna, Che Maisura Che Abdullah, 27, berkata, setakat jam 10.30 pagi tadi beliau masih boleh melalui jalan tersebut menggunakan pacuan empat roda dari Felda Jengka 21 ke Rantau Perintis di sini.

"Air nampak tak deras. Tapi saya tetap hati-hati dan tengok keadaan. Saya nampak pengguna lain masih gunakan laluan itu dan ada juga pengguna lain memberhentikan kenderaan tepi jalan, macam motosikal dan kereta," katanya.

Sehubungan itu pengguna dinasihatkan berhati-hati dan mengutamakan keselamatan sekiranya melalui laluan tersebut.


0 comments:

share2