Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 23, 2017

JANGAN INGAT ADA GELARAN BOLEH TINDAS ORANG SUSAH


Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB


Kuala Lumpur - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan mengutus surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung insiden seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki, Khamis lalu.

"Ikhlas terima aduan dan memandang serius perkara ini, kita tak nak ia jadi isu perkauman. Kita tak nak pemandu-pemandu lori diperlekeh.

"Jangan ada gelaran, kita boleh tindas orang miskin ataupun orang susah,"kata Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah dalam satu sidang media bersama sekumpulan pemandu lori, di Sungai Besi, semalam.

Katanya, dalam isu ini, Ikhlas melihat KDN perlu memandang serius, dan pihak Bukit Aman perlu bertindak menanganinya.

"Syabas dan terima kasih pada pihak polis kerana menangkap lagi tiga orang dan kami harap mereka didakwa ataupun perlu diberi hukuman yang berat," katanya.

Selain sidang media, himpunan itu juga turut dihadiri kira-kira 250 pemandu lori untuk memberi sokongan kepada mangsa.

Dalam rakaman video yang tersebar Sabtu lalu, insiden itu menunjukkan lima lelaki memukul individu berhampiran di pondok pengawal di sebuah kondominium, di Ampang, Selangor.

Setakat ini, polis telah menahan empat individu dan merakamkan 15 keterangan berkaitan kejadian itu.


0 comments:

share2