Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 15, 2017

HOTEL MURAH TAWAR SEKS DISERBU


Hotel murah tawar seks diserbu


Kuala Lumpur - Hotel murah tarik pelanggan dengan menawarkan seks dikesan.

Itu modus operandi yang dibongkar Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (Stagg) Bukit Aman dalam serbuan Ops Noda yang dijalankan malam tadi di Wangsa Maju, Cheras, Dang Wangi dan Kajang, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan bermula jam 8.30 malam telah menyerbu empat buah premis membabitkan rumah kedai dan hotel murah di sekitar daerah berkenaan.

Menurutnya, Ops Noda yang berakhir jam 1.30 pagi tadi menahan seramai 50 wanita melibatkan warga Vietnam, Thailand dan Indonesia disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Daripada jumlah itu, seramai 16 wanita ini diselamatkan dibawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom).

“GRO yang ditahan didapati hanya menggunakan pas lawatan dan tiada premit kerja.

“Selain itu, polis turut menahan tujuh penjaga premis, dua pekerja serta tiga pelanggan,” katanya.

Khairi mendedahkan, premis diserbu membabitkan rumah kedai dan hotel murah dengan kadar bayaran RM40 ke RM80 membabitkan urutan ‘badan ke badan’.

Malahan, terdapat juga wanita ini yang mencari pelanggan di tempat awam untuk aktiviti seks di bilik-bilik hotel murah dengan kadar bayaran RM80.

Tambahnya, polis telah merampas beberapa barang antaranya, wang tunai, telefon bimbit, kondom, minyak urut, buku catatatan pelanggan, tuala dan tisu basah.

Kesemua yang ditahan berumur antara 16 hingga 41 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah berdekatan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959, Seksyen 39B Akta Imigresen, Seksyen 12 Atipsom 2007, Seksyen 9 Akta Hotel dan Seksyen 373 (1) Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2