Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 15, 2017

GADIS MENDERITA, BERATUS CACING 'BERAJA' DALAM PERUT


Gadis menderita, beratus cacing ‘beraja’ dalam perut


Uttar Pradesh - Derita seorang gadis yang mengalami gejala muntah berminggu-minggu akhirnya berakhir setelah doktor menemui beratus ekor cacing hidup di dalam perut gadis itu.

Memetik laporan Metro.co.uk, Neha Begum, 22, dikejarkan ke Hospital KG Nanda selepas mengadu dan tidak tahan dengan sakit perut yang dialami.

Setelah diperiksa, doktor mendapati kira-kira 150 ekor cacing sepanjang 10 inci setiap satu, hidup di dalam ususnya.

Tanpa melengahkan masa, Neha dibedah secepat mungkin untuk mengeluarkan cacing yang ‘beraja’ di dalam perutnya selama ini.

Seorang pakar hospital berkenaan, Dr Anand Prakash mengakui belum pernah berdepan kes begitu banyak cacing dalam badan manusia.

“Biasanya, hanya ada tiga atau empat cacing. Tetapi, yang ini, terlalu banyak.

“Neha bernasib baik kerana cacing tersebut belum naik ke bahagian otaknya. Jika tidak ia boleh menyebabkan kerosakan neuro,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan berkenaan.


0 comments:

share2