Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 15, 2017

BEKAS PEMAIN KEBANGSAAN MENINGGAL DUNIA


Ibrahim Din


Bekas pemain kebangsaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) era 80-an, Ibrahim Din meninggal dunia pada usia 65 tahun awal pagi semalam di Hospital Ampang, akibat komplikasi jantung.

Menurut anak saudaranya, Suhaila Lukman, Allahyarham mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans.

"Semasa dalam perjalanan, pegawai perubatan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun jantungnya sudah tidak lagi berfungsi dan disahkan meninggal pada jam 9.25 pagi," katanya.

Jenazah Allahyarham telah dimandikan di Masjid Al-'Azim Pandan Indah dan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Teratai.

Nama Ibrahim bukan asing dalam arena bola sepak negara kerana pernah menyarung jersi kebangsaan bersama legenda seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Mokhtar Dahari, Zulkifli Hamzah, Khalid Ali, James Wong, Muhidin Hussin, Bakri Ibni, Ahmad Yusof, dan mendiang Datuk R Arumugam.

Paling diingati sudah tentulah dua gol jaringannya ketika Malaysia mengikat Thailand 2-2 dalam siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 1982 di Kuwait pada 1981.

Bagaimanapun, skuad negara gagal mara ke Piala Dunia selepas tewas dua perlawanan kepada Korea Selatan dan Kuwait.


0 comments:

share2