Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 15, 2017

REKOD CEMERLANG, ABANG JO PILIHAN TEPAT: PAKAR


Amar Abang Johari Tun Openg


Shah Alam - Penganalisis berpandangan pelantikan Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bertepatan dengan keinginan rakyat berikutan rekod kepimpinan yang cemerlang.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, malah ketika Allahyarham Tan Sri Adenan Satem memegang tampuk kerusi ketua menteri, Abang Johari diberi kepercayaan untuk memegang beberapa portfolio penting.

"Kepimpinan beliau tidak diragui, beliau seorang yang bersifat berpegang kepada kesederhanaan. Beliau yang sebelum ini pernah belajar di Kuching didedah dengan pelbagai agama dan kaum di negeri ini, malah ketika ayahnya menjadi Gabenor beliau telah pergi menjelajah sejak dari kecil ke rumah panjang dan kawasan hulu, jadi berkhidmat pada rakyat bukan asing baginya kerana ayahnya mengajar kepadanya supaya bersikap jujur kepada rakyat.

"Dan perlu diingat beliau mempunyai intergriti yang tinggi kerana beliau tidak ada langsung skandal dan namanya kekal bersih... dan ketika Adenan sakit banyak tugas sebenarnya telah diserahkan kepada beliau dan ini menunjukkan Adenan punya keyakinan terhadap beliau," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Bagaimanapun menurut Jeniri, tidak adil untuk rakyat membandingkan gaya kepimpinan Adenan dengan Abang Johari kerana baginya, manusia mempunyai cara tersendiri, namun katanya Abang Johari dilihat mampu 'melakukan sesuatu'.

"Daripada agenda perjuangan Abang Johari juga mempunyai impiannya. Oleh itu saya percaya beliau akan mencetuskan idea dan juga dasar dan langkah baharu yang akan memberi dampak besar kepada Sarawak," katanya.

Katanya lagi, antara cabaran Abang Johari adalah meneruskan perjuangan yang belum selesai yang diambil oleh Adenan sebelum ini, dan beliau tidak boleh kecewakan harapan rakyat.

"Rakyat ingin melihat dalam waktu yang munasabah beliau bukan sahaja perlu bertindak sejajar dengan harapan rakyat kerana beliau tidak dapat mengelak daripada dijadikan subjek perbandingan dengan Adenan.

"Ini satu cabaran orang untuk menjadi menganti kepada orang yang mempunyai kelas tersendiri seperti Adenan tetapi dengan pengalaman dalam parti dan kerajaan dan pemimpin paling pengalaman di dalam Dun dan dalam kabinet, Abang Johari diyakini dapat mengemukakan dasar yang tidak kurang hebat, kerana sebelum ini beliau menunjukkan prestasi cemerlang diberi tugas menerajui pelbagai Kementerian di Sarawak," katanya.


0 comments:

share2