Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 9, 2016

TRAGEDI KENDURI KAHWIN, DITIKAM HINGGA TERBURAI USUS


Tragedi Kenduri Kahwin, Lelaki Ditikam Sampai Terkeluar Usus


Suasana meriah di sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila seorang lelaki menikam saudaranya sendiri sehingga terburai usus di Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas, Sarawak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 30 an itu parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian perut sehingga menyebabkan ususnya terkeluar.




Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang mengalami masalah mental itu dikatakan cuba menikam bapa mangsa tetapi terkena mangsa.

Menurutnya, suspek yang berusia 53 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang ramai di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

“Mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,” katanya.

Suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.


0 comments:

share2