Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 30, 2016

TAN SRI SM SALIM MENINGGAL DUNIA


SM Salim


Dunia seni kehilangan seorang lagi legenda, Tan Sri SM Salim yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang sekitar jam 5.45 petang semalam.

Perkara itu disahkan anak keenamnya Sheikh Shamsul, 60 kepada media menerusi aplikasi WhatsApp.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan hari ini, namun masih belum dapat disahkan lagi lokasinya.

Isteri dan enam anak berada di sisi Allahyarham sehingga ke saat akhir.

Bagaimanapun anak kedua arwah, Sheikh Shamsudin dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari United Kingdom.


0 comments:

share2