Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 25, 2016

TAMPARAN BUAT ISRAEL


Tamparan buat Israel


New York - Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kelmarin meluluskan resolusi mendesak Israel menghentikan projek penempatan haram di wilayah Palestin selepas Amerika Syarikat (AS) berpendirian berkecuali dalam proses itu.

Draf tersebut dikemukakan kepada badan di bawah PBB itu oleh New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal, sehari selepas Mesir menarik diri kerana termakan 'pujukan' Presiden baharu AS, Donald Trump selain berdepan tekanan dari Israel.

Terdahulu, jutawan hartanah terbabit dan Tel Aviv menggesa Washington supaya menggunakan kuasa veto ke atas resolusi tersebut.

Ia bagaimanapun diterima pakai selepas 14 daripada 15 anggota UNSC menyokong dokumen itu.

Difahamkan, ia adalah resolusi pertama berkaitan konflik Israel-Palestin yang diluluskan badan terbabit dalam tempoh hampir lapan tahun.

Susulan itu, Palestin melihat langkah itu sebagai 'hari kemenangan'.

"Ia hari kemenangan undang-undang antarabangsa, kejayaan untuk menolak penindasan dilakukan secara berleluasa oleh Israel selama ini," kata Ketua Perunding Palestin, Saeb Erekat. 

Sementara itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas turut menyifatkan langkah itu sebagai satu tamparan hebat buat Tel Aviv.


0 comments:

share2