Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 3, 2016

PAU2016: SIAPA SEBENARNYA RASIS UMNO ATAU DAP?... PULAU PINANG BOLEH JADI SAKSI - SHAIK HUSSEIN





Kuala Lumpur – Pembahas Pulau Pinang, Datuk Dr Shaik Hussein Mohd Mydin semalam menempelak pembangkang yang terus melemparkan tuduhan UMNO sebuah parti rasis dengan membentangkan fakta di Pulau Pinang.

Tegas beliau lagi UMNO bukan sahaja tidak rasis malah sentiasa berpegang kepada janji dan semangat setiakawan yang ikhlas menerusi ikatan di dalam Barisan Nasional (BN).

“Di Pulau Pinang pada pilihan raya tahun 2004 ketika kita masih menang dan menerajui negeri, jawatan Exco tetap kita beri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada MIC walaupun mereka hanya memenangi satu kerusi sahaja. Malah kerusi yang UMNO menangi lebih banyak dari parti komponen lain namun jawatan Ketua Menteri tetap kita berikan kepada parti Gerakan.

“Dan sekarang ini Pengerusi Barisan Nasional (BN), datangnya daripada Parti Gerakan walaupun mereka tidak memenangi satu kerusi pun berbanding UMNO yang mempunyai sepuluh kerusi. Apa pun kita masih berbesar hati dan kita tetap setia pasal apa…sebab kita dah janji. Kita berpegang kepada janji.

“Berbeza dengan kerajaan Dap Pulau Pinang… hebat dan mempunyai dua timbalan ketua menteri ..satu Melayu dan satu India. Tiba-tiba dalam konvensyen Dap baru-baru ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng umum seandainya disabitkan dengan dakwaaan yang dihadapi hari ini penggantinya adalah Chow Kon Yeow, Pengerusi Dap Pulau Pinang dan bukannya Datuk Rashid Hasnon daripada PKR.. bukannya Prof. Ramasamy daripada Dap…siapa rasis..Dap jauh lebih rasis daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Dewan Merdeka, PWTC di sini, semalam.

Katanya lagi apa yang diperkatakan itu membuktikan keikhalasan UMNO dalam perjuangan dan percaya hakikat berkenaan akan terus menjadi pegangan.

“Kita buktikan dengan fakta … Begitu juga Pengerusi Pemuda BN negeri tetap beri kepada Gerakan. Betapa besarnya hati kita ini dan jelas apa yang ditunjukkan oleh Dap adalah sekadar wayang semata-mata,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan semua kepemimpinan UMNO dan BN agar mengambil iktibar negeri-negeri yang telah jatuh di tangan pembangkang kerana nasib rakyat tidak akan terbela di bawah pemerintahan mereka.

Jelasnya perkara itu telah pun berlaku di Pulau Pinang apabila pemimpin Dap menggunakan stategik licik untuk menghalau rakyat miskin dengan mengambil tanah mereka untuk melaksanakan projek mewah.

“Kerajaan Dap di bawah Lim Guan Eng itu langsung tidak mempedulikan hak rakyat untuk memiliki rumah apabila melaksanakan projek perumahan bernilai jutaan ringgit selain menetapkan hanya 30 peratus kuota untuk bumiputera.

“Untuk negeri yang masih kita pegang selesa, jangan syok sangat. Benda dah jadi di Pulau Pinang apabila Dap memerintah. Jangan lagi bagi terlepas pada mereka nanti rakyat akan susah,” katanya.


0 comments:

share2