Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 2, 2016

#PAU2016: MAHASISWA DIINGATKAN JANGAN AMBIL MUDAH CUBAAN CAMPUR TANGAN ASING DALAM NEGARA





Kuala Lumpur – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengharapkan agar mahasiswa tidak ambil mudah usaha sesetengah pihak termasuklah campur tangan pihak luar dalam usaha melemahkan parti berkenaan.

Menurut beliau kadangkala terdapat pihak-pihak tertentu yang berpolitik tidak mengenal sempadan dalam usaha meraih keuntungan sekaligus menjayakan cita-cita dan impian mereka.

“Sebagai mahasiswa, anda harus menjadi penghubung yang baik antara parti ini dan mahasiswa yang lain supaya persetujuan dan pemahaman yang baik dapat dicapai.

“Ini juga penting bagi memperjelaskan senario dan perkara yang sebenarnya agar salah tanggapan terhadap parti ini dapat dileraikan,” kata beliau pada majlis perjumpaan bersama perwakilan Pelajar Luar Negara di sini, semalam.

Dalam pada itu, Presiden Kelab UMNO Brighton, Aliff Asyraff ketika ditemui selepas perjumpaan berkenaan berkata hakikatnya UMNO telah banyak melakukan sumbangan selain membuat pelbagai perancangan yang baik untuk rakyat.

“Namun hari ini pelbagai persepsi dilontarkan dan sehubungan itu perkara paling utama yang harus UMNO lakukan ialah mengubah persepsi masyarakat terhadap parti itu terutamanya golongan pelajar.

“Sekarang kita dapat lihat di laman sosial yang mana UMNO diserang dengan pelbagai persepsi. Lantas UMNO harus mengambil pendekatan yang pro-aktif dalam mengubah persepsi termasuklah golongan pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

“Dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan pula perlulah membuahkan hasil agar ianya boleh memberi manfaat kepada semua,” kata Aliff.

Bagi wakil Kelab UMNO Sheffield, Alia Natasha percaya bahawa UMNO telah banyak berjuang untuk kepentingan anak Melayu namun perjuangan itu telah dikaburi oleh fitnah yang dilontarkan oleh pihak lawan.

“Inilah yang perlu dilihat supaya persepsi negatif yang ditimbulkan dapat diperjelaskan sebaik mungkin,” ujar Alia.



0 comments:

share2