Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 2, 2016

DUA REMAJA MALAYSIA DIINTAI MU DAN LIVERPOOL


Dua Remaja Msia Diintai Manchester United Dan Liverpool


Dua orang remaja lelaki, Adam Roshan dan Mohd. Yusry, yang juga finalis program bola sepak Million Dollar Feet, telah menjalani sesi latihan ujian di pusat latihan Nottingham Forest di hadapan para peninjau bakat daripada Liga Perdana Inggeris dan First Division.

Selepas berjaya mempamerkan persembahan yang mantap pada peringkat akhir pertandingan Million Dollar Feet, Adam dan Yusry telah melalui latihan intensif di dalam kategori bawah-16 tahun di pusat latihan kelab Nottingham Forest, Wilford Lane.


Meskipun terpaksa mengharungi keadaan cuaca sejuk, kedua-dua remaja lelaki tersebut tetap menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa latihan intensif selama dua jam termasuk cabaran berprestasi tinggi berasaskan skil.

ADAM ROSHAN DAN MOHD, YUSRY BERSAMA-SAMA PESERTA LATIHAN LAIN DI PUSAT LATIHAN NOTTINGHAM FOREST DI WILFORD LANE.

Apa yang lebih membanggakan, kebolehan hebat Adam dan Yusry ini berjaya menarik perhatian ramai orang penting Liga Perdana daripada kelab-kelab terkemuka seperti Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Everton!

Bukan setakat itu, malah Nottingham Forest dan Derby County turut menunjukkan minat terhadap kedua-dua remaja dari Malaysia ini.

Pencapaian cemerlang kedua-dua bakat baru ini membuktikan bahawa sukan bola sepak di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah. Tidak mustahil Adam dan Yusry akan bawa Malaysia ke Piala Dunia satu hari nanti.

Mana tahu, kan?


0 comments:

share2