Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 18, 2016

[KUANTAN] TERATAI RAIKAN MAJLIS BERKHATAN ROHINGYA




Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pahang (Teratai) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Pahang telah menganjurkan Majlis Khatan Beramai-ramai pagi Sabtu, 17 Disember di sini.

Yang Dipertua Teratai, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim yang juga isteri kepada Menteri Besar, hadir ke sini tepat 8.30 pagi bersama-sama beberapa anggotanya, untuk menyempurnakan majlis perasmiannya.

Menyambut ketibaan ialah wakil Pengarah Perubatan hospital ini, Dato’ Dr Khaled Mat Hassan dan Pengurus Operasi, Encik Khairul Hasanain Abdul Hamid yang turut disertai oleh 71 kanak-kanak termasuk 20 anak-anak Rohingya serta ibubapa mereka.




Dalam ucapan perasmiannya, Datin Sri DiRaja Junaini – selain mengalu-alukan kerjasama Hospital Pakar KPJ Pahang ini; turut menyambut baik penyertaan secara percuma anak-anak berkenaan serta anak-anak Rohingya.

Anak-anak Rohingya ini ialah mereka yang menerima pendidikan di Pusat Pembelajaran Rohingya Kuantan, Indera Mahkota 5, Bandar Indera Mahkota kira-kira 5 KM dari sini. Pusat Pembelajaran ini telah beroperasi dua (2) tahun sejak 2014.

“… program ini turut membabitkan anak-anak Rohingya di bandar ini untuk melalui pengalaman berkhatan mengikut cara dan tradisi negara ini seperti kanak-kanak lain,” kata Datin Sri DiRaja Junaini sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian.




Majlis berkhatan ini turut dimeriahkan dengan acara bersiram oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Jalan Bukit Ubi dekat sini, selepas kanak-kanak ini diarak dari pintu masuk lobi utama ke kawasan parkir diiringi paluan kompang.

0 comments:

share2