Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 22, 2016

[KUANTAN] KONVOKESYEN DAN PENTAULIAHAN KOLEJ YAYASAN PAHANG 2016




Kuantan, 17 Disember 2016.

Seramai 784 graduan dari berbagai bidang menerima ijazah, diploma dan sijil masing-masing di Majlis Konvokesyen dan Pentauliahan Kemahiran Malaysia, Kolej Yayasan Pahang 2016, pada 17 Disember 2016 lalu bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob yang hadir di majlis berkenaan dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa sudah seramai lebih 20 ribu graduan dilahirkan oleh Yayasan Pahang sejak 1992.

Pada ketika ini ada sebanyak 24 program yang ditawarkan dalam bidang akademik manakala 14 program dalam bidang kemahiran.

Dari 784 graduan pada konvokesyen pada hari ini, 51 orang adalah penerima Sarjana Muda, 292 peneriman diploma dan seramai 441 menerima Sijil Kemahiran. Seramai 13 dari mereka telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam bidang masing-masing.

Penerima hadiah khas, Hadiah Kecemerlangan Menteri Besar adalah Alif Najmi b. Bahari, Diploma Grafik & Rekabentuk Multimedia, Fakulti Warisan, Pelancongan & Seni Kreatif. Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum, Nur Fazirah bt. Bakri, Diploma Sains Komputer, Fakulti Pengurusan Teknologi & Maklumat.

Penerima hadiah mengikut fakulti masing-masing adalah;

Fakulti Pengurusan Perniagaan – Halimatul Sa’adiah bt. Osman, Diploma Pemasaran.

Fakulti Pengurusan Teknologi & Industri –Nur Ainon bt. Yusmadi, Diploma Sains Komputer.

Fakulti Warisan, Pelancongan & Seni Kreatif – Nazrul Naim b. Mohd Masi, Diploma Grafik & Rekabentuk Multimedia.

Fakulti Kejuruteraan – Nurfarahin bt. Kamarul Azman, Diploma Kejuruteraan Elektrik

Akademi Pengajian Islam & Bahasa Arab – Aisyah Humairah bt. Zulqarnain, Ijazah Sarjada Muda Syariah.

Diploma Kemahiran Malaysia – Debby Dee Bertha Bt. Lazarus, Mohd Nabil Fitri bt. Abd Aziz, Salwasazuana bt. Ahmad Salim.

Sijil Kemahiran Malaysia – Tengku Amalina bt. Tg. Yasim Anuar, Nur Amalina bt. Kamaruzza,am, Muhammad Jassani b. Nordin.

Turut hadir Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan tugas-tugas khas YB Dato’ Norul Azali Sulaiman, Pengarah Urusan Kolej Yayasan Pahang Dato’ Norhisham b. Yaacob, Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KYP, Dato’ Dr. Abd Monir Yaakob serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kolej Yayasan Pahang.




0 comments:

share2