Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 25, 2016

[KUANTAN] ANAK ANAK PESAKIT KANSER PAHANG TERIMA BANTUAN


KUANTAN 24/12/2016 - Seramai 40 anak anak pesakit kanser dari seluruh negeri Pahang hari ini menerima bantuan berupa barangan keperluan persekolahan serta wang tunai bagi menghadapai penggal persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.

Program Moh Ke Sekolah anjuran Kumpulan Sokongan Anak Anak Kanserr Pantai Timur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahangi telah diadakan di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan Pahang dirasmikan oleh Yb Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin yang juga Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

"Kehadiran saya di sini bukan sahaja sebagai mewakili kerajaan Negeri Pahang tetapi ingin berkongsi pengalaman sebagai ibu yang mempunyai anak yang mengidap kanser.Sebagai ibu pastinya mempunyai anak yang mengidap penyakit kanser memerlukan kekuatan semangat yang luar biasa serta mempunyai sifat pejuang bagi menghadapi detik-detik yang mencabar".

"Alhamdulillah, Negeri Pahang dibawah  kepimpinan DSDR Adnan Hj Yaakob MB Pahang prihatin dengan anak-anak kanser ini serta kagum dengan usaha murni Kumpulan Sokongan Anak Anak Kanser Pantai Timur yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagi membantu mereka ini."

"Seramai 6 orang anak anak kanser telah juga menerima bantuan one off  selain daripada sumbangan RM 10,000.00 daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada persatuan ini menjalankan aktiviti.Bantuan beg persekolahan dan sumbangan wang saku ini diharap sedikit sebanyak akan menceriakan anak-anak dan meringankan bebab ibubapa bagi membuat persedian persekolahan tdak lama lagi"ujar YB Dato'Shahaniza ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Moh Ke Sekolah.

Program Moh Kesekolah ini ialah program yang julung-julung kalinya diadakan di Pahang dimana seramai 40 orang kanak kanak dari seluruh Pahang yang merupakan pengidap pelbagai jeniskanser dari pelbagai hospital seperti Hospital Besar Kuala Lumpur,Hospital Kuala Terengganu dan HUKM.
Mereka dihimpunkan sebagai meraikan semangat dan perjuangan mereka melawan kanser dan memberi segala sokongan yang mungkin untuk mereka kembali ke sekolah dan menikmati kehidupan normal.










0 comments:

share2