Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 23, 2016

HINA AZAN: WANITA 26 TAHUN DITAHAN


PDRM


Johor Bahru - Polis Johor menahan seorang wanita berumur 26 tahun kerana disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam dalam akaun Facebook ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Rengam, kira-kira jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, tindakan wanita berkenaan yang menggunakan akaun bernama Kavvy Priyaa itu boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah laptop dan satu telefon bimbit miliknya.

"Permohonan reman dibawa Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) akan dipohon untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 kanun keseksaan dan juga Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana mana perkhidmatan aplikasi media sosial.

"Ini termasuklah mengeluarkan kenyataan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan boleh melukakan perasaan agama orang lain," katanya.


0 comments:

share2