Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 27, 2016

BAYI 10 BULAN PERLUKAN DANA


Bayi 10 bulan perlukan dana


Kulim - Bayi berusia 10 bulan yang menderita akibat masalah paru-paru tidak matang memerlukan dana untuk membeli mesin bantuan pernafasan.

Ibunya, Nurhafizah Mohd Zain, 36, berkata, anaknya Muhammad Anas Mustaqim Abdullah, dilahirkan secara pramatang dan mengalami masalah jantung berlubang.

Menurutnya, ketika usia dua bulan anaknya sudah menjalani pembedahan jantung dan selepas itu, satu lagi pembedahan dijalankan di bahagian leher kerana saluran pernafasan sempit.

"Kemungkinan ada lagi satu pembedahan akan dijalankan di bahagian alat sulitnya kerana ada ketumbuhan," katanya.

Nurhafizah berkata, kini Anas terpaksa bergantung hidup dengan mesin bantuan pernafasan sehingga mampu bernafas sendiri.

"Sudah lima bulan dia guna mesin ini, kalau nak tanggalkan pun ketika mandi sahaja," katanya.

Ketika ini katanya, dia hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, Mohd Ridzal Ibrahim, 20, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang cuci di klinik kesihatan tapi terpaksa berhenti kerana keadaan anak, kalau nak hantar mengasuh pun saya tak yakin orang dapat menjaganya.

"Pendapatan suami tidak memungkinkan kami untuk membeli mesin bantuan pernafasan ini. Sekarang ni kami pinjam mesin ini dari Hospital Pulau Pinang, walaupun pihak hospital tidak nyatakan sampai bila tempoh boleh pinjam tapi mereka cadangkan kami beli mesin ini," katanya.

Tambahnya, pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar telah memohon untuk membeli mesin tersebut namun kos separuh mesin yang berharga RM10,000 perlu ditanggung sendiri.

"Gaji suami perlu digunakan untuk beli susu khas berharga RM70 satu tin dan hanya bertahan lima hari sahaja.

“Ini yang menggusarkan saya, suami seorang sahaja bekerja memang tak sempat nak simpan wang, nak beli lampin pakai buang lagi, sekarang pun kami menumpang di rumah rakan,” katanya.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Muhammad Anas ini boleh menghubungi bapanya, Mohd Ridzal di talian 019-465 7779.


0 comments:

share2