Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 15, 2016

RAFIZI PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI


Rahman Dahlan


Kuala Lumpur - Anggota Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli patut menyalahkan dirinya sendiri kerana disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, Rafizi cuba mencari publisiti murahan untuk kepentingan politik peribadi tetapi dia secara sedar melakukan kesalahan yang serius dengan berbuat demikian, oleh itu, adalah wajar beliau menanggung akibatnya.

"Rafizi telah memfitnah lawannya tanpa menjalankan usaha yang sewajarnya dan menghormati undang-undang negara. Kali ini dia secara sengaja dan sedar melanggar undang-undang.

"Polis telah menyiasat dan pendakwa raya bersetuju bahawa ada kes. Rafizi telah dibicarakan dan didapati bersalah, yang memang itu menjadi matlamatnya selama ini. Dia mahu dipenjarakan supaya dia boleh menonjolkan dirinya sebagai wira politik," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata Rafizi telah berkali-kali diberi amaran bahawa dia mungkin melanggar OSA jika membocorkan mana-mana kandungan laporan tetapi dia memilih untuk terus berbuat demikian.

Abdul Rahman berkata: "Tiada negara boleh berfungsi jika ada orang sengaja melanggar undang-undang dan dibenarkan terlepas daripada tindakan. Adakah Rafizi fikir bahawa dia mengatasi undang-undang? Bahawa undang-undang itu terpakai kepada pengundinya tetapi tidak kepadanya?".

Naib Presiden PKR itu didapati bersalah memiliki tanpa kebenaran halaman 98 Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menjadi kesalahan di bawah OSA 1972.

Dia melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pada 3 petang 24 Mac, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi OSA 1972, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Mohd Rafizi, 39, yang juga setiausaha agung PKR juga didapati bersalah membocorkan kandungan laporan itu pada sidang media, di tempat dan masa yang sama pada 28 Mac, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kepWarisan Sabah tak bergabung dengan pembangkangutusan Mahkamah Sesyen hari ini terhadap Mohd Rafizi menggambarkan bahawa tiada mana-mana pihak boleh mengatasi undang-undang.

Beliau berkata undang-undang tidak mengenal individu sama ada anggota Parlimen, menteri atau bekas menteri.

"Setiap perkara yang diputuskan itu melalui proses perundangan yang telah ditetapkan.

"Justeru, semua pihak termasuk anggota Parlimen perlu bertanggungjawab ke atas semua tindakan yang dilakukan mahupun kenyataan yang ingin dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun Mohd Rafizi masih boleh mengemukakan rayuan, namun keputusan itu boleh dijadikan pengajaran kepada semua termasuk anggota Parlimen, untuk tidak mendedahkan dokumen atau membocorkan rahsia kerajaan yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.


0 comments:

share2