Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 28, 2016

[KUANTAN] 'KELIBAT' HARIMAU TAKUTKAN PENDUDUK SUNGAI KARANG





Penduduk di kawasan Sungai Karang di sini bimbang dan berada dalam ketakutan berikutan ancaman harimau yang membaham binatang ternakan mereka sejak minggu lepas.

Sebanyak lapan ekor lembu milik penternak mati dibaham harimau setelah menemui beberapa kesan gigitan di leher dan kesan luka pada bahagian bangkai haiwan berkenaan.

Beberapa ekor ayam milik penduduk juga turut gagal dikesan dipercayai dibaham haiwan yang sama setelah menemui beberapa kesan tapak kaki haiwan pemangsa berkenaan yang jelas di lokasi kejadian.




Beberapa gambar memaparkan bangkai haiwan ternakan yang mati tu turut mendapat perkongsian yang meluas di media sosial dan di kalangan pengguna aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, serangan binatang buas berkenaan berkemungkinan berpunca setelah penduduk berjaya menjerat seekor anak harimau jenis bintang, menyebabkan ibu harimau berang lalu keluar dari habitat untuk mencari anaknya.

Justeru, penduduk di Sungai Karang sehingga di kawasan Cengal Lempong diminta untuk sentiasa berwaspada dan kanak-kanak dinasihatkan untuk tidak berkeliaran terlalu jauh dari rumah bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.


0 comments:

share2