Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 28, 2016

JASAD PENDAKI DITEMUI SELEPAS 6 HARI PENCARIAN


Jasad Pendaki Ditemui Selepas 6 Hari Pencarian


Pendaki yang dilaporkan hilang di Gunung Damavand, Iran, Syed Redzuan Syed Salim Shatri telah disahkan meninggal dunia oleh isterinya.

Menerusi kiriman WhatsApp, isteri Syed Redzuan mengesahkan jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier setelah pencarian sejak enam hari lalu dilakukan pihak Red Crescent.

“Untuk makluman semua, suami saya Syed Redzuan bin Syed Salim Shatri telah kembali ke rahmatullah.

“Jasad beliau telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari pencarian oleh Red Crescent.


“Kami sedang berusaha dengan pihak kedutaan untuk membawa arwah pulang ke Malaysia secepat mungkin selepas semua urusan yang berkaitan selesai.

“Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.”


0 comments:

share2