Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 5, 2016

[KUANTAN] ‘JANGAN HANYA PENTINGKAN UNTUNG'


‘Jangan hanya pentingkan untung’


Kontraktor di negeri ini diminta supaya lebih beretika dan mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan projek kerajaan dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kualiti kerja yang dijalankan seharusnya menepati piawaian ditetapkan agensi-agensi terbabit.

“Sikap segelintir kontraktor yang tidak bertanggungjawab menyebabkan beberapa projek disiapkan tetapi tidak mengikuti piawaian ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pemantapan Pengurusan Kualiti Industri Pembinaan 2016 di sebuah hotel di sini.

Seminar itu disertai 400 peserta terdiri daripada pengamal industri terbabit.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Pahang, Rozaiman Hassan berkata, seminar itu bertujuan memberikan kesedaran terhadap peserta mengenai pindaan Akta 520 (2011) CIDB.

Menurutnya, sebahagian pindaan itu membabitkan pematuhan standard bahan binaan dan ia memberikan kuasa lebih meluas kepada CIDB sebagai badan penguat kuasa untuk memperakukan kualiti produk binaan.

“Kita juga diberikan kuasa untuk menyita, menahan tanpa waran atau dengan waran bagi pelanggaran mana-mana seksyen di dalam akta ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rozaiman memberitahu, CIDB akan mengambil tindakan dalam memastikan industri terbabit bebas budaya penggunaan bahan binaan yang tidak menepati standard.


0 comments:

share2