Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 17, 2016

JOHOR BERI BONUS UNTUK ADUN PEMBANGKANG


Mohamed Khaled Nordin


Kota Iskandar - Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada para penjawat awam negeri sebagai menghargai komitmen mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemberian insentif itu turut diberikan kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang.

"Bonus ini diberikan susulan Johor telah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan dan usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.

“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor," katanya yang mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet Johor 2017 pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berharap budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan.

Difahamkan, seramai 11 000 penjawat awam negeri bakal mendapat manfaat bagi pemberian bonus tersebut.

Pengumuman bagi tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak.

Untuk rekod, Johor mempunyai 56 adun termasuk lapan wakil rakyat dari pembangkang iaitu di Puteri Wangsa, Bukit Batu, Maharani, Johor Jaya, Senai, Skudai, Jorak dan Sg Abong.


0 comments:

share2