Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 4, 2016

DUA MAUT DIHEMPAP KREN


Dua maut dihempap kren


Klang - Dua maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Klang, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurut sumber, mangsa yang maut dipercayai berusia lingkungan 50 an.

“Terdapat dua mangsa dalam kenderaan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Sebelum ini, seorang pemandu kereta wanita maut dihempap besi yang dipercayai terjatuh dari sebuah kren di tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, besi berkenaan dipercayai terjatuh dari kren di sebuah tapak pembinaan, bersebelahan pusat beli-belah Pavilion dan menimpa kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.


0 comments:

share2