Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 5, 2016

AHLI PARLIMEN TAMPIN KEMALANGAN, KERETA TERBALIK


Ahli Parlimen Tampin kemalangan, kereta terbalik


Rembau - Ahli Parlimen Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berhadapan detik-detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit kemalangan dua kenderaan di kilometer 44, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, 8.00 malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Sinar Harian difahamkan, pemandu peribadi ahli Parlimen berkenaan berusia lingkungan 40an dan seorang dua lagi rakan mengalami kecederaan ringan.

Menurut Sumber, ketika kejadian, Shaziman dan empat lagi individu yang berada di dalam kenderaan jenis Toyota Velfire berkenaan dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah untuk ke Melaka.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta dari arah bertentangan iaitu kereta jenis Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal dan berlaku perlanggaran.

"Ahli Parlimen Tampin bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun MPV yang dinaikinya terbalik. Sementara kereta Proton Persona berkenaan pula merempuh tiang elektrik," katanya kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif menyatakan ada menerima makluman awal berhubung insiden berkenaan, namun masih belum ada laporan polis dibuat.


0 comments:

share2