Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 24, 2016

4 PASUKAN PENYELAMAT JEJAKI PENDAKI MALAYSIA HILANG DI IRAN


reezal-merican-hiking


Kuala Lumpur: Usaha mencari dan menyelamat 2 pengembara Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran kini sedang giat dijalankan, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata pihak berkuasa Iran mengerahkan 4 pasukan penyelamat untuk menjejaki Ramli Abdul Majid, 44, dan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50.

“Kementerian Luar berharap kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan yang selamat. Kementerian Luar juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan, 2 pengembara itu disahkan hilang selepas mereka dipercayai berpecah.


0 comments:

share2