Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 10, 2016

TUAH PENGHIDU KEJU, HIDUNG DIINSURANKAN RM25 JUTA


Keju


Jika dilihat kepada luarannya, tiada apa yang istimewa dengan hidung Diane Cox, namun majikannya telah menginsuranskan hidungnya pada nilai RM25 juta selepas dia diambil bekerja menghidu dan merasa keju.

Cox, 48, baru memulakan pekerjaan di Wyke Farms of Somerset dan tugasnya adalah untuk menggunakan kemahiran `mencium’ bagi mengesan keju matang.

Wyke Farms of Somerset merupakan sebuah syarikat yang sudah berusia 155 tahun dan membekalkan 15,000 tan keju cheddar setahun di Britain serta 160 negara yang lain.

Memandangkan kemahiran yang dimiliki oleh Cox amat tinggi, majikannya sanggup membayar premium sebanyak RM129,000 setahun bagi memastikan kepakarannya tidak terjejas.

Menurut Cox, dia mempunyai deria menghidu yang begitu kuat sejak kecil lagi dan akan memeliharanya daripada rosak atau terkena selesema.

“Saya akan mengelakkan diri daripada jangkitan dan akan memastikan diri saya sihat serta kuat. Saya tidak mahu ada apa-apa kesan yang boleh merosakkan deria rasa dan hidu saya,’’ katanya.

Dalam menjalankan tugasnya itu juga, Cox terpaksa makan lebih satu paun keju selama empat hari dalam seminggu.


0 comments:

share2