Majlis Belia Daerah (MBD) bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memberi latihan menyelamat di air sebagai bekalan berdepan situasi bencana sebenar seperti banjir.
Latihan bertempat di Esplanade Temerloh pada hujung minggu lalu itu disertai 50 orang awam dalam kalangan belia.
Pengerusi MBD Temerloh, Saharuddin Ahmad berkata, golongan belia sewajarnya menjadi tonggak barisan hadapan kepada masyarakat setempat dalam memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku bencana banjir.
Menurutnya, atas dasar itu Latihan Orang Awam (LOA) bersama APM menyasarkan golongan belia dengan memberi latihan pendedahan teknik menyelamat di air ini secara bersama.
“Antara modul dilaksanakan dalam program ini termasuklah latihan amali pengendalian bot, asas menyelamat di air dan asas Rawatan Awal Pemulihan Kardio-pulmonari (CPR),” katanya.
0 comments:
Post a Comment