Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 2, 2016

PEMIMPIN KANAN PKR LEPAS JAWATAN, UMUM PARTI BAHARU


PKR


Shah Alam - Seorang pemimpin kanan PKR Sabah dikatakan telah melepaskan jawatannya kerana bakal mengambil alih sebuah parti tempatan Sabah bagi memastikan pembangkang lebih dominasi di negeri itu dalam PRU akan datang.

Difahamkan, pemimpin berkenaan telah menghantar surat letak jawatan bersama 18 lagi cabang PKR negeri itu kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya, 22 September lalu.

Pemimpin itu juga akan mengadakan majlis pengumuman parti itu pada hari ini di Kota Kinabalu.

Sebelum ini, 22 September 2016 lalu bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengisytiharkan diri keluar Umno juga melakukan tindakan sama iaitu mengambil alih parti yang sedia.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada hari berkenaan adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.

Shafie yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak 28 Julai lalu bertindak keluar Umno pada 4 Julai lepas setelah digantung keahliannya.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata lagi, parti politik yang akan diambil-alihnya adalah yang berkonsepkan pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013.

Dalam PRU 13 lalu, BN memenangi 48 kerusi Dun daripada 60 yang dipertandingkan, PKR 7, DAP 4 dan satu kerusi Star.

Bagi Parlimen, BN memenangi 21 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan, DAP 2 dan satu kerusi dimenangi PKR dan Bebas.


0 comments:

share2