Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 25, 2016

PEMBANGKANG JANGAN 'BUNUH' PENDIDIKAN KANAK-KANAK


Rizal


Kuala Lumpur - Pembangkang didakwa sengaja mahu 'membunuh' sistem pendidikan kanak-kanak apabila berterusan memfitnah program Permata Negara (Permata).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, Permata difitnah pembangkang kerana peruntukan kerajaan dalam membangunkan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, sebelum ini mereka mendakwa peruntukan Permata bagi 2015 adalah sebanyak RM711 juta walaupun sebenarnya fakta itu tidak benar.

"Walaupun pembangkang sering menyebarkan fitnah dan dakwaan mereka tidak benar namun tiada sekelumit ungkapan maaf ataupun pembetulan dibuat.

"Kini mereka menuduh pula bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan Permata bagi 2017 telah meningkat kepada RM85 juta.," katanya.

Rizal berkata demikian ketika merujuk kepada beberapa viral di laman media sosial yang mendakwa kerajaan sanggup mengetepikan peruntukan perbelanjaan universiti awam semata-mata untuk memberikan bajet lebih kepada Permata.

Jelas beliau lagi, peruntukan terbaharu dalam Bajet 2017 bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada, namun ia meliputi keseluruhan pembangunan sistem pendidikan awal kanak-kanak.

Dakwa Rizal, pembangkang sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan itu termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan “Top STEM talent” di Akademi Sains Negara.

"Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat.

"Andai kata semua kos-kos di atas adalah untuk Permata sepenuhnya, adakah RM85 juta setahun untuk pendidikan 50,000 kanak-kanak warga Malaysia yang merupakan teras masa depan pembangunan negara dianggap melampau kerana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun," katanya.


0 comments:

share2