Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 20, 2016

50 RUMAH AKAN DIBAIK PULIH


50 rumah akan dibaik pulih


Johor Bahru - Sebanyak 50 rumah akan terlibat dalam menjayakan program Johor Future Daerah Johor Bahru yang membabitkan peruntukan sebanyak RM50,000.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Halim Hasbullah berkata, kesemua unit rumah berkenaan terdiri daripada golongan fakir miskin di 10 Dun Daerah Johor Bahru yang tidak berkemampuan untuk membaik pulih kediaman masing-masing.

“Setiap rumah akan diperuntukkan sebanyak RM500 bagi membaiki pulih kerosakan di rumah tersebut, membabitkan aspek penyelenggaraan dan pertukangan serta pendawaian elektrik.

“Bagi kerja-kerja penyelenggaraan tersebut, ia akan dilaksanakan oleh lebih 1000 sukarelawan terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), institut latihan perindustrian (ILP) dan badan bukan kerajaan sekitar daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pra pelancaran Johor Future peringkat Daerah Johor Bahru di Pejabat Daerah Johor Bahru, di sini, semalam.

Mohd Halim berkata, Johor Future juga merupakan salah satu program yang diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertujuan menyantuni golongan masyarakat tidak kira apa jua etnik dan bangsa.

“Antara lain, ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran dan kemuafakatan yang utuh di kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khaled Nordin dijangka akan merasmikan Program Johor Future Daerah Johor Bahru pada Sabtu ini di Kampung Kuala Masai, Pasir Gudang.

Mohd Halim berkata, inisiatif itu merupakan satu tanggungjawab sosial yang diterapkan khususnya pada golongan belia di negeri ini dalam melahirkan belia yang memiliki sifat toleransi, kerjasama dan peka terhadap keperluan masyarakat yang kurang berkemampuan.

“Selain daripada membaik pulih rumah, Johor Future juga akan melaksanakan beberapa lagi aktiviti kesukarelawan seperti berbasikal dan larian amal yang dijangka akan berlangsung sebelum akhir bulan November ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Warisan Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Belia dan Sukan memperuntukkan sebanyak RM 488,000, bagi menjayakan program Johor Future melibatkan 56 Dun seluruh Johor yang mana setiap Dun akan memilih lima rumah untuk diselenggara.


0 comments:

share2