Ipoh - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari in meminta polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran surat mengenai pengisytiharan pelantikan Kesultanan Melayu Perak ke-36 palsu.
Zambry berkata perkara itu amat serius kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencemarkan nama Pejabat Menteri Besar.
"Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis berhubung perkara itu untuk pihak polis menjalankan siasatan dan mengesan individu yang terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di sini.
Zambry berkata Pejabat Menteri Besar menerima surat palsu itu yang difotostat dan menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Katanya surat itu juga memaklumkan kononnya Zambry mengisytiharkan individu yang tidak dikenali iaitu Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak ke-36.
"Surat itu dihantar begitu sahaja dan tidak tahu daripada siapa," katanya.
Menurutnya pihak yang tidak bertanggungjawab itu memberi surat yang telah difotostat bukan menerusi faks atau sebagainya bagi mengelak dirinya dikesan.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang telah diluluskan dalam Persidangan Dun Perak pada 18 April lalu akan dilancarkan 4 Oktober depan.
Dengan adanya lembaga itu, semua agensi dan jabatan berkaitan perumahan dapat disatukan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan kawalan serta pemantauan pembinaan rumah khususnya bagi golongan kurang berkemampuan.
0 comments:
Post a Comment