Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 1, 2016

WANITA SAH DIJANGKITI VIRUS ZIKA, KES PERTAMA DI MALAYSIA


Wanita Sah Dijangkiti Virus Zika, Kes Pertama di Malaysia


Putrajaya – Seorang wanita tempatan yang berusia 58 tahun dipercayai muncul sebagai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, wanita yang tinggal di Klang, Selangor itu merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura.

Katanya, wanita tersebut bersama-sama suaminya melawat anak mereka di Singapura pada 19 Ogos lalu dan pulang ke negara dua hari kemudian.

Menurutnya, selepas sembilan hari berada di dalam negara, wanita tersebut mendapat gejala ruam dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh.

Katanya, hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit menerusi proses polymerase chain reaction (PCR) semalam, hasilnya adalah positif untuk virus Zika, manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura.

“Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, lima rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam tempoh 27 Ogos hingga semalam, terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura.

“Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes diteruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor,” katanya kementerian akan melupuskan nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang..

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis.

Individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika dinasihatkan untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mengalami sebarang simptom awal virus Zika.


0 comments:

share2